Friday, June 20, 2014

Alkisahnya Kucing =)

Cat?? Kucing?? Ia adalah makhluk Allah yang  manja. 
Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
 Pernah terdengar suatu kisah tak??? Haaaa.. Kisah Rasullulah S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Ada ketika  Nabi hendak mengambil jubahnya,  Mueeza dilihat  sedang terlelap tidur dengan  diatas jubahnya. Lalu  Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu "menge0w" ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Nabi juga telah  berpesan kepada para sahabatnya  untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. 
Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka..
Nabi juga  menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

so nah aku saja nak share harta kesayangan aku =)


Ni ibu ,, namanya comot..
Hehehee kenapa comot?? tgkla warna bulu tu.. comot jeee

Ni generasi comot yang pertama.. si tompok...
manja dan sopan je


ini si comel... anak menakan aku suka kata ni singa..
dia  ni kuat cemburuuuu hahaa

ni pulak si karphia.. 
karphia in tamil means hitam
satu satunya jantan kat rumah

ni dah generasi yang ke tiga...
anak si tompok
cucu si comot
gebu namanya..
paling pandai melembikkan badan dia.. 

ni adik si gebu.. kabu.. 


EXAM Semester IV 



Assalamualaikum...


Sakit dan pedih  bijik mata aku....
Pusing kanan buku,pusing kiri buku...
baring pun kena hadap buku
orang lain tido bola, makan bola, mandi bola 
semuaaaa bola..
aku? 
buku buku bukuuuuuuu...
azabnya la nak final exam nih...

itulaaaa,, awal2 xnak study... 
mainnn je keje aku.. 
sekarang hah ambikla padahnya...
tiga paper lagi menanti.. 
gap sehari ja
Skrg nie xde masa dah nak berangan....
lagi 2 hari nk hadap exam ni weiii...
kepala pun dah serabut nie...
tak tau mana nak baca dulu...
kesimpulannya~~~
jangan study last minit

Doakan aku dapat jawab exam dengan cemerlang..
dan mendapat keputusan yang cemerlang , gemilang terbilang.. hehhe aminnnnnnn
Untuk rakan2 seangkatan...Good Luck dan moga beroleh kejayaan...


p/s : first time menaip hahahaha panjang2..