Wednesday, November 26, 2014

NoBody's Perfect

Aku bukanlah MALAIKAT yang sentiasa melakukan kebaikan.
dan Aku juga bukanlah SYAITAN yang sentiasa melakukan kejahatan.
Tapi aku adalah MANUSIA yang tak pernah lekang melakukan kesilapan dan cuba untuk belajar dari kesilapan itu

Dah nama pun manusia so of course lah  each of us  ada buat silap, jangan tipulah kalau kata tak pernah tuuuu kannn????? Dan sebagai manusia yang turut buat silap, kenalah belajar menerima kalau ada yang buat silap pada kita.

iyaaa aku mengakuu...

Bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang itu untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan kerana setiap seorang dari kita mempunyai ego yang tersendiri.

Tapiiiii... 

tak mati pun kalau kita tundukkan sikit EGO tu dan mengaku kesalahan kita..

Tak kurang pun oksigen kat dunia ni kalau kita kurangkan EGO tu


Dannnn


"Kata-kata yang kita lemparkan itu lebih tajam daripada pisau"


Kata-kata yg menyakitkan itu teramat susah nak sembuh dan untuk dilupakan macam tu saja. Kalau luka di tangan atau di luar, pasti boleh tahu dan sembuh seperti sediakala. Tapi, kalau hati yang sakit dan terluka kerana kata-kata, pasti amat susah untuk sembuh dan boleh jadi tidak akan sembuh sampai bila-bila.

Janganlah kita rasa diri sendiri saja yang betul. Bila orang lain marah dan tak suka kepada kita, kita asyik persoalkan dan fikir orang itu yang jahat dan bersalah.Orang itu yang kurang ajar. Padahal, kita lupa tentang diri kita. Pernah fikir tak kat mana silapnya bila orang lain marah dan tak senang dengan kita? Pernah muhasabah diri sendiri ?

Mesti,, akan dan pasti akan salahkan orang lain juga padahal terlalu ego untuk mengaku silap sendiri. Tolonglah kawan2 , bila mahu bercakap fikir dahulu. Bukan bercakap dahulu sebelum berfikir. Padah diri sendiri nanti! Tolong fikir juga hati orang lain. Orang lain tak akan marahkan kita tak tentu pasal kalau bukan kita yang cari pasal dulu kan???????????

  • Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri.
  • Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul.
  • Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah.
  • Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar.
  • Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah.
  • Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain.
  • Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta.
  • Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik.
  • Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar.
  • Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan.
  • Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain.
  • Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga.


P/S: kecewa dengan mereka yang terlampau menjaga ego sampai buta. 
Tak salah kita mengaku salah dan memohon maaf
dan tak salah kita menerima teguran orang lain

Monday, October 13, 2014

i'm coming homeeeee~~~~`

Stop seketika study "VECTOR CALCULUS" untuk test Rabu ni. Tetiba terasa nak menaip, nak meng'update' blog berusang ni =P 


Pejam celik pejam celik dah sampai minggu ke 7 untuk semester ni .Cepat betul masa berlalu kan??? Dalam masa beberapa hari ja lagi aku  nak balik cuti pertengahan semester. Fuyoo ........... tak sabaq baq hang... tettttt.. bajet macam rumah aku kat kolumpo ja kan...padahal 45minit ja sampai rumah.




Ek elehhh hang ingat rumah ceq dekat ceq boleh balik selalu ka?? banyak reja tau dakkkkkk.. 




Cuti Mid Sem dah nak mula..... maknanyaaaaaaaaa !!!!! Exaam tak lamaaaaaaaa dahhhhh =(  Report First FYP kena start buat,, Get ready dengan assignment , dengan test yang tak kan biarkan aku tidur dengan tenangggggg =( Oh mannnnnnn....  Terasa macam dihempap batu  yang amat berat . 



Apapun aku kena kuat semangat dan tempuh semua ni dengan kuat !!! Bertahan untuk setahun yang terakhir!! Yeahhh I can do it =)








Doakan kejayaan akuuuu =)

 So , until next time yeah ( kalau datang mood and idea la baru terusik blog ni )
Bye~~~

Monday, October 6, 2014

Raya Korban 2014 =)

Alhamdulillah =) Akhirnya dapat juga aku jumpa anak pupu aku ni.... 
Ngam² time nak raya haji pulak kan...pandai betul timing tu kan kannn.. hahaha
Tak payah nak tulis memanjang.. (tak pandai nak karang ayat sebenarnya).. moh ler kita layan gambar =)

Bergambaq depan rumah sebelum berlepas pulang ke kampung
Dari kiri anda : Abah aku, Anak Pupu Aku (Munirah) , aku and kawan Munirah (Adawiyah)

Adawiyah and Munirah =)


Dari Kiri : My sis, Munirah ,Adawiyah and aku
Mintak tolong pezai ambik gambaq sat

Punyala aku nak control bagi nampak kecikkk.. hahaa  tak berjaya =(
Peace yoo.. haha

Selpiaq dengan anak hat besaq... haha


Ceq tau ceq gomok... sedap di peluk..tapi janganla di tempat awam.. haha


I'm very happy to meet you and your friend. I do hope both of you will come again and we will enjoy our holiday together =) 

Friday, June 20, 2014

Alkisahnya Kucing =)

Cat?? Kucing?? Ia adalah makhluk Allah yang  manja. 
Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
 Pernah terdengar suatu kisah tak??? Haaaa.. Kisah Rasullulah S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Ada ketika  Nabi hendak mengambil jubahnya,  Mueeza dilihat  sedang terlelap tidur dengan  diatas jubahnya. Lalu  Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu "menge0w" ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Nabi juga telah  berpesan kepada para sahabatnya  untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. 
Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka..
Nabi juga  menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman haiwan ini dibolehkan untuk berwudhuk. 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

so nah aku saja nak share harta kesayangan aku =)


Ni ibu ,, namanya comot..
Hehehee kenapa comot?? tgkla warna bulu tu.. comot jeee

Ni generasi comot yang pertama.. si tompok...
manja dan sopan je


ini si comel... anak menakan aku suka kata ni singa..
dia  ni kuat cemburuuuu hahaa

ni pulak si karphia.. 
karphia in tamil means hitam
satu satunya jantan kat rumah

ni dah generasi yang ke tiga...
anak si tompok
cucu si comot
gebu namanya..
paling pandai melembikkan badan dia.. 

ni adik si gebu.. kabu.. 


EXAM Semester IV 



Assalamualaikum...


Sakit dan pedih  bijik mata aku....
Pusing kanan buku,pusing kiri buku...
baring pun kena hadap buku
orang lain tido bola, makan bola, mandi bola 
semuaaaa bola..
aku? 
buku buku bukuuuuuuu...
azabnya la nak final exam nih...

itulaaaa,, awal2 xnak study... 
mainnn je keje aku.. 
sekarang hah ambikla padahnya...
tiga paper lagi menanti.. 
gap sehari ja
Skrg nie xde masa dah nak berangan....
lagi 2 hari nk hadap exam ni weiii...
kepala pun dah serabut nie...
tak tau mana nak baca dulu...
kesimpulannya~~~
jangan study last minit

Doakan aku dapat jawab exam dengan cemerlang..
dan mendapat keputusan yang cemerlang , gemilang terbilang.. hehhe aminnnnnnn
Untuk rakan2 seangkatan...Good Luck dan moga beroleh kejayaan...


p/s : first time menaip hahahaha panjang2..