Saturday, March 21, 2015

Terasa Hati???

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"


Jom kita layan cerita pendek ni dulu. Cerita ni adalah cerita yang aku terjumpa masa guna ENCIK GOOGLE untuk cari hukum terasa hati dengan orang. Cerita ni tanpa credit dan sumber penulis. Mungkin hanya rekaan, untuk moral value.
*********************************************************************************
I'm so confused. 
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa? 
Then I asked my dad what's that mean. 

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia. 

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan? 

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 

Anak: *Blur* 

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. 
Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah. 

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.. 

Anak: *Termakan cili* 

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan ALLAH. Nanti ALLAH pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah..
*********************************************************************************
Anda boleh bukak blog ni untuk tengok apa yg tersirat dan tersurat dalam cerita ni :


Conclusion: Rasa berkecil hati tidaklah berdosa seperti dalam quote tu. Maksudnya, quote tu tak adalah 100% betul. Tak faham?? Sila tengok kat link tu dan baca sampai faham okay?.


Sedih itu adalah fitrah. Tak ada siapa tak pernah sedih. Mustahil sekali berdosa bagi kita untuk bersedih melainkan kesedihan tu terlampau belarutan sampai ganggu kehidupan dan kewajipan kita.

Thursday, March 5, 2015

M.A.A.F



Kita berhak untuk memaafkan atau tidak orang yang telah menyakiti kita.
Kita boleh biarkan dia terus dengan dosa dia terhadap kita.
Kita boleh bersuka ria sebab kita mendapat pahala pahala hasil perbuatan dia menyakiti kita dan dia pula akan bawa semua dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Tapi??? Kita akan terasa lega ke??
Puas setelah tengok orang yang meminta maaf merayu untuk memaafkan kesalahannya?

Ya!
Memang betul MAAF merupakan sesuatu yang sangat berharga dan bukan senang untuk memberi walaupun diminta. Tambah bila kesalahan itu disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Memang tidak salah untuk kita hukum orang yang menyakiti kita sebab itu akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si dia supaya dia serik dan tidak akan menyakiti kita lagi.

Tapi??
Tahu ke tidak bahawa kesalahan yang tidak diselesaikan dengan MAAF di dunia ini akan berlanjutan hingga ke AKHIRAT????
Nanti di sana, orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Bukan pesalah sahaja perlu beringat, kita yang tidak memaafkan juga kena ingat bahawa:

Orang yang tidak memaafkan hatinya terikat oleh orang yang tidak dimaafkannya, hatinya sentiasa diselubungi rasa sedih, kecewa, risau, marah dan benci. Itulah kesakitan yang sebenarnya. Maafkan dan lupakan, lepaskan hatimu dari terus mengingatinya, hatimu pasti tenang, bebas dan bahagia.


Sebagai orang muslim, mesti kita tahu bahawa Allah mengasihi dan menjanjikan syurga bagi orang yang sanggup memaafkan orang lain. Selalunya, orang yang susah memaafkan adalah orang yang dikuasai ego dan orang sebegini adalah orang yang tidak merasakan kebesaran Allah kerana merasakan dirinya besar dan hebat, tidak perlu memaafkan orang lain. Tetapi orang yang merasa kebesaran Allah akan merasa betapa kerdil dirinya.


Cuba tanya diri kita sendiri.

Sesungguhnya, Allah yang maha besar, maha berkuasa lagikan maha pengampun, sebesar manapun dosa hambanya tetap diampunkan sekiranya bertaubat kepada Allah, bukan sahaja mengampunkan, malah menyayangi pula. 

Tapi
  •  Kenapa dan mengapa kita yang tidak ada apa-apa sukar memaafkan kesalahan orang lain?
  • Kenapa atau adakah kita rasa besar dan ego? 
  • Kitakah yang memberi rezeki padanya
  • Kitakah yang memberi makan padanya?
  • Kitakah yang menyembuhkan sakitnya

Bukan... 
Kita adalah hamba ALLAH yang tak punya apa-apa.

Jadi.. 
  • Layakkah kita untuk tidak memaafkannya?

Jom, tanam dalam diri mulai hari ini.

Memaafkan semua dosa sesama manusia, dosa mereka yang menyakiti kita atau ahli keluarga kita, supaya Allah memaafkan dosa kita terhadapnya. Sesungguhnya Allah itu maha pemaaf dan penyayang, maka Allah suka kepada hambanya yang pemaaf dan penyayang.

Tuesday, January 6, 2015

Buat Baik Dibalas.... ?








Firman Allah S.W.T:



"Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)." [Al-Zalzalah: 7-8].

"Sesiapa melakukan amal yang baik, maka baginya pahala sepuluh kali lipat amalnya."(Surah Al-An'Am 6:160)

Pepatah orang Melayu:

"Berbuat baik biarlah berpada-pada, tetapi berbuat jahat jangan sekali". 


Kalau kita tengok balik pada pepatah orang dahulu dan Firman Allah, tiada pencanggahan di situ. Seseorang yang menolong orang lain akan  mendapat kebaikan sama ada di dunia atau di akhirat. Sebaliknya seseorang yang melakukan kejahatan pula bakal mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat.

Back to what I want to say here : 

Semua orang dalam dunia ni  ada keinginan nak  merasai diri dihargai dan dihormati. Sebab tu,  kita selalu dinasihatkan oleh mak ayah, cikgu cikgu dan ustaz ustazah untuk berbuat baik kepada orang lain kalau nak dibalas dengan kebaikan juga. Maksudnya, semua bermula dari diri kita sendiri. Kalau kita nak orang hargai kita...kita perlu, harus menghargai orang lain dulu.Sama juga kalau nak orang lain hormat kita.

Tapi,,,,, mustahil kan bila kita buat baik dengan orang, orang akan balas kebaikan kita???? Ada.. tapi jarang - jarang kan??? Ada juga yang buat baik, tapi balasannya ditikam-tikam dan dipijak-pijak dari belakang! Adilkah begitu?

Niat aku menaip ni bukan nak kata aku selalu buat kebaikan,, dan orang lain selalu menyakiti aku. Tapi aku mula belajar terima hakikat kehidupan yang tak seberapa indah. Betullah kata orang, pengalaman adalah  guru terhebat yang dapat didik kita erti kehidupan sebenar.

 Bila kita dah berbuat baik tapi tidak dibalas dengan baik ini., berlapang dadalah. Redha dan  ikhlaskanlah hati masa kita  buat kebaikan pada orang itu. Supaya dengan hati yang ikhlas, kita tidak harapkan apa-apa balasan daripada dia. 

Ya, memang susah kerana hati kita sakit sangat! Mana taknya, kadang kadang  kita terpaksa berkorban perasaan, masa dan lain lain untuk berbuat baik padanya...tetapi apa yang dibalas, adalah sebaliknya!  Lagi2 sakit hati kita, bila dia marah atau geram kat kita, satu kebaikan kita pun dia tak pernah ingat, yg ada cuma kesalahan kita kat mata dia. Tapi, kita kena ingat, kalau kita sabar dengan penuh keyakinan dan harapkan balasan daripada Allah SWT dan bukannya daripada manusia...insyaAllah, hati kita akan tenang.Allah itu Maha Adil lagi bijaksana. Allah akan bagi kita keadilan kalau kita betul ikhlas dalam melakukan kebaikan

Dan kepada mereka mereka yang mendapat kebaikan daripada orang lain, dinasihatkan berikanlah sedikit rasa penghargaan juga penghormatan atas kebaikan yang telah dilakukan itu. 

Sekurang-kurangnya ucapkanlah "Terima kasih" kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Paling tak pun, doakanlah supaya Allah sahaja yang membalas segala jasa baik mereka dengan perkara yang baik juga. 


Jangankita lupa kebaikan yang orang bagi tapi lupakanlah kesalahan yang mereka lakukan. Kerana tiada manusia sempurna.

Dan, bagi mereka-mereka yang suka berbuat baik tidak kira kepada sesiapa pula...jangan risau kalau tak dapat balasan yang setimpalnya daripada manusia-manusia kejam itu kerana :


Sesungguhnya mengharapkan balasan pahala daripada Allah itu lebih baik daripada kita menanti dan mengharapkan balasan kebaikan daripada manusia. Jadi...Janganlah berhenti berbuat baik, walaupun hati seringkali sakit!

Ps: Panjang pula entri kali ni =P