Saturday, March 21, 2015

Terasa Hati???

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"


Jom kita layan cerita pendek ni dulu. Cerita ni adalah cerita yang aku terjumpa masa guna ENCIK GOOGLE untuk cari hukum terasa hati dengan orang. Cerita ni tanpa credit dan sumber penulis. Mungkin hanya rekaan, untuk moral value.
*********************************************************************************
I'm so confused. 
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa? 
Then I asked my dad what's that mean. 

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia. 

Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan? 

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah. 

Anak: *Blur* 

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. 
Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah. 

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..'Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. 'Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.. 

Anak: *Termakan cili* 

So conclusion is, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan ALLAH. Nanti ALLAH pun tak redha dengan kita.. Na'uzubillah..
*********************************************************************************
Anda boleh bukak blog ni untuk tengok apa yg tersirat dan tersurat dalam cerita ni :


Conclusion: Rasa berkecil hati tidaklah berdosa seperti dalam quote tu. Maksudnya, quote tu tak adalah 100% betul. Tak faham?? Sila tengok kat link tu dan baca sampai faham okay?.


Sedih itu adalah fitrah. Tak ada siapa tak pernah sedih. Mustahil sekali berdosa bagi kita untuk bersedih melainkan kesedihan tu terlampau belarutan sampai ganggu kehidupan dan kewajipan kita.

Thursday, March 5, 2015

M.A.A.F



Kita berhak untuk memaafkan atau tidak orang yang telah menyakiti kita.
Kita boleh biarkan dia terus dengan dosa dia terhadap kita.
Kita boleh bersuka ria sebab kita mendapat pahala pahala hasil perbuatan dia menyakiti kita dan dia pula akan bawa semua dosa-dosanya sehingga hari Kiamat.

Tapi??? Kita akan terasa lega ke??
Puas setelah tengok orang yang meminta maaf merayu untuk memaafkan kesalahannya?

Ya!
Memang betul MAAF merupakan sesuatu yang sangat berharga dan bukan senang untuk memberi walaupun diminta. Tambah bila kesalahan itu disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Memang tidak salah untuk kita hukum orang yang menyakiti kita sebab itu akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si dia supaya dia serik dan tidak akan menyakiti kita lagi.

Tapi??
Tahu ke tidak bahawa kesalahan yang tidak diselesaikan dengan MAAF di dunia ini akan berlanjutan hingga ke AKHIRAT????
Nanti di sana, orang yang bersalah terpaksa membayar dengan memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang dizaliminya.

Bukan pesalah sahaja perlu beringat, kita yang tidak memaafkan juga kena ingat bahawa:

Orang yang tidak memaafkan hatinya terikat oleh orang yang tidak dimaafkannya, hatinya sentiasa diselubungi rasa sedih, kecewa, risau, marah dan benci. Itulah kesakitan yang sebenarnya. Maafkan dan lupakan, lepaskan hatimu dari terus mengingatinya, hatimu pasti tenang, bebas dan bahagia.


Sebagai orang muslim, mesti kita tahu bahawa Allah mengasihi dan menjanjikan syurga bagi orang yang sanggup memaafkan orang lain. Selalunya, orang yang susah memaafkan adalah orang yang dikuasai ego dan orang sebegini adalah orang yang tidak merasakan kebesaran Allah kerana merasakan dirinya besar dan hebat, tidak perlu memaafkan orang lain. Tetapi orang yang merasa kebesaran Allah akan merasa betapa kerdil dirinya.


Cuba tanya diri kita sendiri.

Sesungguhnya, Allah yang maha besar, maha berkuasa lagikan maha pengampun, sebesar manapun dosa hambanya tetap diampunkan sekiranya bertaubat kepada Allah, bukan sahaja mengampunkan, malah menyayangi pula. 

Tapi
  •  Kenapa dan mengapa kita yang tidak ada apa-apa sukar memaafkan kesalahan orang lain?
  • Kenapa atau adakah kita rasa besar dan ego? 
  • Kitakah yang memberi rezeki padanya
  • Kitakah yang memberi makan padanya?
  • Kitakah yang menyembuhkan sakitnya

Bukan... 
Kita adalah hamba ALLAH yang tak punya apa-apa.

Jadi.. 
  • Layakkah kita untuk tidak memaafkannya?

Jom, tanam dalam diri mulai hari ini.

Memaafkan semua dosa sesama manusia, dosa mereka yang menyakiti kita atau ahli keluarga kita, supaya Allah memaafkan dosa kita terhadapnya. Sesungguhnya Allah itu maha pemaaf dan penyayang, maka Allah suka kepada hambanya yang pemaaf dan penyayang.