Wednesday, November 26, 2014

NoBody's Perfect

Aku bukanlah MALAIKAT yang sentiasa melakukan kebaikan.
dan Aku juga bukanlah SYAITAN yang sentiasa melakukan kejahatan.
Tapi aku adalah MANUSIA yang tak pernah lekang melakukan kesilapan dan cuba untuk belajar dari kesilapan itu

Dah nama pun manusia so of course lah  each of us  ada buat silap, jangan tipulah kalau kata tak pernah tuuuu kannn????? Dan sebagai manusia yang turut buat silap, kenalah belajar menerima kalau ada yang buat silap pada kita.

iyaaa aku mengakuu...

Bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang itu untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan kerana setiap seorang dari kita mempunyai ego yang tersendiri.

Tapiiiii... 

tak mati pun kalau kita tundukkan sikit EGO tu dan mengaku kesalahan kita..

Tak kurang pun oksigen kat dunia ni kalau kita kurangkan EGO tu


Dannnn


"Kata-kata yang kita lemparkan itu lebih tajam daripada pisau"


Kata-kata yg menyakitkan itu teramat susah nak sembuh dan untuk dilupakan macam tu saja. Kalau luka di tangan atau di luar, pasti boleh tahu dan sembuh seperti sediakala. Tapi, kalau hati yang sakit dan terluka kerana kata-kata, pasti amat susah untuk sembuh dan boleh jadi tidak akan sembuh sampai bila-bila.

Janganlah kita rasa diri sendiri saja yang betul. Bila orang lain marah dan tak suka kepada kita, kita asyik persoalkan dan fikir orang itu yang jahat dan bersalah.Orang itu yang kurang ajar. Padahal, kita lupa tentang diri kita. Pernah fikir tak kat mana silapnya bila orang lain marah dan tak senang dengan kita? Pernah muhasabah diri sendiri ?

Mesti,, akan dan pasti akan salahkan orang lain juga padahal terlalu ego untuk mengaku silap sendiri. Tolonglah kawan2 , bila mahu bercakap fikir dahulu. Bukan bercakap dahulu sebelum berfikir. Padah diri sendiri nanti! Tolong fikir juga hati orang lain. Orang lain tak akan marahkan kita tak tentu pasal kalau bukan kita yang cari pasal dulu kan???????????

  • Jangan terlalu merasa ego untuk mengaku dan fikirkan salah sendiri.
  • Jangan terlalu merasa diri kita sahaja yang betul.
  • Jangan terlalu merasa kita lebih berhak untuk dihormati walaupun kita salah.
  • Jangan terlalu merasa kita sahaja yang berada pada pihak yang benar.
  • Jangan terlalu merasa diri kita tidak pernah salah.
  • Jangan terlalu merasa kita terlalu tinggi daripada orang lain.
  • Jangan terlalu merasa semua orang lain adalah dusta.
  • Jangan terlalu merasa kita sahaja yang baik.
  • Jangan terlalu merasa kata-kata kita sentiasa benar.
  • Jangan terlalu merasa orang lain tidak simpan apa yang kita katakan.
  • Jangan terlalu merasa kita tak pernah lukakan perasaan orang lain.
  • Jangan terlalu merasa hati kita sahaja yang harus dijaga.


P/S: kecewa dengan mereka yang terlampau menjaga ego sampai buta. 
Tak salah kita mengaku salah dan memohon maaf
dan tak salah kita menerima teguran orang lain

No comments:

Post a Comment